suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Selangor Lantik Penyelaras Dekati Rakyat - Noh

PUTRAJAYA: Umno Selangor melantik penyelaras di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang gagal dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lepas bagi mendekati rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata seramai 35 penyelaras peringkat DUN dan enam di Parlimen dilantik bagi membantu atau menyelesaikan masalah rakyat yang berkaitan dengan kerajaan Persekutuan.

"Dalam melaksanakan tugas itu, penyelaras terbabit tidak dijanjikan elaun atau menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PU14) akan datang," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno Selangor akan mengumumkan calon PRU14 lebih awal seperti yang dilakukan Gerakan pada Ahad lepas.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata parti-parti komponen lain BN di Selangor juga diminta melantik penyelaras di kawasan masing-masing.

"Yang penting, sebelum kita nak tawan Selangor, kita mestilah dilihat sebagai parti yang boleh berkhidmat dengan lebih baik daripada pihak kerajaan ketika ini,"katanya.

Ahad lepas, Gerakan memperkenalkan lima individu yang bakal diketengahkan sebagai calon PRU14 di Selangor bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian sejak awal.

Noh Omar, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain