suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Raja Bhumibol

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, pada Khamis.

"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand atas kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej.

"Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata. Kami bersama-sama dengan rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan baginda," kata Najib menerusi posting terbaharu dalam laman Facebook.

Raja Bhumibol, 89, mangkat di Hospital Siriraj pada pukul 3.52 petang seperti diumumkan oleh Biro Diraja.

Baginda yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, menerima rawatan di hospital sejak 3 Oktober 2014.

Artikel Lain