suria

Mokhzani Letak Jawatan Pengerusi SIC

PETALING JAYA: Tan Sri Mokhzani Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas 13 tahun menyumbang khidmat dalam bidang permotoran negara.

Menerusi kenyataan SIC pada Khamis, anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau berbangga melihat perkembangan sukan permotoran di negara ini sejak mula berkhidmat pada 2003.

"Saya telah melihat pelbagai acara daripada peringkat amatur kepada profesional bertaraf dunia dan saya berbangga kerana dapat menyaksikan rakyat Malaysia bangkit memberi peluang kepada bakat antarabangsa berjuang untuk wang mereka.

"SIC menjadi tempat latihan yang telah mencipta bakat dalam kedua-dua perlumbaan dua roda dan empat roda. Bukan sahaja bagi mereka yang berlumba, tetapi mereka yang memainkan peranan sokongan dalam sukan ini," kata Mokhzani.

Difahamkan, peletakan jawatan Mokhzani berkuat kuasa 10 Oktober lalu, bagaimanapun penggantinya belum dinamakan setakat ini.

Media melaporkan Mokhzani membuat keputusan itu susulan desakan pihak tertentu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Negara Diancam Dua Individu"

Artikel Lain