suria

PKIM Hadiah Penyapu Kepada Guan Eng

Pengerusi Persatuan Insan Mulia (PKIM) Aminah Abdullah (kiri) menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Zahar Zainul (kanan) untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menganjurkan 'Perhimpunan Bersih' di negeri ini di Komtar.

GEORGE TOWN: Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) menghadiahkan dua batang penyapu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai simbolik membantah perhimpunan Bersih di Pulau Pinang.

Penyapu bersama-sama memorandum bantahan itu diserah kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar Zainul untuk disampaikan kepada Guan Eng di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Presiden PKIM Aminah Abdullah berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa terlebih dahulu sebelum memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.

"Perhimpunan itu tidak perlu dibuat di Pulau Pinang kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan orang ramai. Kami juga menerima aduan dan bantahan daripada orang ramai terutama peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Bersih dan penyapu itu.-- Bernama

Lim Guan Eng, penyapu, Komtar, PKIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain