KPN: Polis Tingkatkan Keselamatan Sambutan Hari Malaysia - Semasa | mStar

KPN: Polis Tingkatkan Keselamatan Sambutan Hari Malaysia

PETALING JAYA: Polis akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan di seluruh negara bagi menangani sebarang ancaman keganasan semasa sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa bersedia untuk sebarang ancaman "sama ada dari Daesh (nama lain kumpulan militan IS) atau mana-mana kumpulan lain".

"Semua pegawai dan anggota polis telah diarahkan untuk bersedia," kata Khalid selepas sambutan Aidiladha di Bukit Aman pada Selasa.

Dalam perkembangan berasingan, Khalid berkata, tahap keselamatan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Ansar telah dipertingkatkan berikutan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 September lalu.

Khalid berkata, polis masih memburu tiga lagi suspek berhubung kejadian itu.

Artikel Sebelum

Polis Tembak Perompak Bersenjata Pedang Samurai

Artikel Berikut

Penerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain