suria

Ribut Musnahkan Sambutan Raya Haji Lebih 100 Keluarga

Keadaan sebuah rumah penduduk yang rosak akibat ribut di Felda Jerangau. Lebih 100 rumah penduduk dan dua buah tabika mengalami kerosakan. -fotoBERNAMA

DUNGUN: Lebih 100 buah rumah penduduk rosak selepas dibadai ribut kencang dalam kejadian di Felda Jerangau, dekat sini, pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua buah sekolah tabika dan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah lori tiga tan milik penduduk turut rosak ditimpa pokok besar.

Selain itu sebuah Tabika Pasti yang akan dijadikan tempat menyempurnakan ibadah korban esok juga mengalami kerosakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Al Muktaffi Billah Shah, Jas Wari Awang @ Mohamad berkata seramai 10 anggota Bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan.

Sehingga pukul 6 petang tadi pasukan itu masih melakukan kerja-kerja membantu mangsa.

Ribut, Aidiladha, Raya Haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain