suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah Haji Mula Melontar Jamrah Di Mina

MINA: Ketika umat Islam meraikan sambutan Aidiladha, jutaan jemaah sedang melakukan rukun wajib haji iaitu melontar jamrah Aqabah di Kompleks Jamrah di sini pagi Ahad.

Jemaah haji bergerak dalam kumpulan secara berperingkat-peringkat mengikut yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji.

Bagi jemaah yang dikendalikan Destinasia, mereka mula melontar jamrah pada pukul 9 pagi.

Melontar jamrah perlu disempurnakan pada 10, 11, 12, 13 Zulhijah yang juga dikenali sebagai hari nahar.

Selepas melontar jamrah Aqabah, jemaah bertahalul awal.

Terdahulu jemaah mabit di Muzdalifah untuk mengutip anak batu sebelum berangkat ke Mina sebelum Subuh.

Sementera itu, susulan tragedi ketika ibadah melontar jamrah tahun lalu yang menyebabkan kematian kira-kira 2,300 jemaah, pihak berkuasa Arab Saudi merangka pelan kawalan lebih ketat pada musim haji ini.

Antara langkah yang akan diambil adalah memendekkan tempoh jemaah melontar kepada kurang 12 jam.

Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan, jemaah tidak akan dibenarkan melakukan ibadah itu dari pukul 6 pagi hingga 10.30 pagi pada 10 Zulhijah.

Selain itu, pada 11 Zulhijjah pula tidak boleh melontar dari 2 petang hingga 6 petang dan dari 10.30 pagi hingga 2 petang pada hari terakhir.





haji, jamrah, Aqabah, Mina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain