suria

Pelajar Kolej Lemas Di Sungai Chilling

KUALA LUMPUR: Kegembiraan enam individu menghabiskan cuti hujung minggu dengan mandi-manda di Air Terjun Sungai Chilling, Hulu Selangor, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Kejadian pukul 11.30 pagi Ahad itu meragut nyawa Mustafa Kamal Allatiff Mazlan, 18, yang merupakan pelajar kolej swasta di Shah Alam.

Ketua Polis Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya difahamkan mangsa terjun ke dalam air selepas melihat rakannya berbuat demikian.

"Difahamkan mangsa jugatidak pandai berenang. Adik mangsa nampak abangnya meminta tolong dan cuba membantu tetapi gagal," katanya di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan jenazah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.42 tengah hari dan menjumpai mayat mangsa selepas 36 minit operasi mencari mangsa bermula.

Seramai enam anggota terlibat dalam operasi berkenaan, katanya. - BERNAMA

Pelajar Lemas

Artikel Berikut

Artikel Lain