MARA Digital Bakal Dibuka Di Pulau Pinang - Semasa | mStar

MARA Digital Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, MARA Digital Mall bakal dibuka di Pulau Pinang, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pengarah Mara negeri sedang mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu sama ada di tanah besar atau di pulau atau di kedua-duanya.

"Sepertimana kita ketahui Pulau Pinang mempunyai potensi besar dari segi pasaran kerana ia adalah sebuah bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tanjong di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pemilihan lokasi bagi MARA Digital Mall turut mengambil kira dari segi suasana bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli barangan di pusat berkenaan.

"Kita perlu mengutamakan suasana, jangan cari tempat yang begitu terpencil.  Sekiranya di tempat beli-belah ia akan hidup kerana ramai golongan muda yang  menghidupkan suasana di kompleks beli-belah, jadi lokasi adalah intipati penting dalam pembukaan MARA Digital Mall," katanya.

Katanya selain Pulau Pinang, kajian untuk penubuhan pusat itu turut dijalankan di Perak dan Kedah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata parti komponen sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan oleh itu perlu bekerja bersama-sama, berkongsi kuasa serta berkongsi kerja untuk mencapai kemenangan.

"Tujuan kita wujudkan komponen supaya kita dapat bersama-sama. Orang Melayu sumbang undi melalui UMNO, orang Cina (sumbang undi) melalui Gerakan dan MCA manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC menyumbang dari segi pengundi India.

"Jika semua parti mewakili kaum ini boleh menyumbang berdasarkan kaum masing-masing, Insya-Allah kita (BN) akan menang, semua kerusi pun kita akan menang," katanya. - BERNAMA

MARA Digital , Ismail Sabri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MB Perlis Ucap Tahniah Buat Ridzuan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain