suria

Bapa Pengerusi TH Meninggal Dunia

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) mengaminkan doa selepas selesai solat jenazah ayahandanya di Masjid Abu Bakar Al-Siddiq SS19 Selasa. Allahyarham Rahim Pakir Muhamad, 90 meninggal dunia di Subang Jaya Medical Centre kerana sakit tua. -fotoBERNAMA
SUBANG: Bapa kepada Pengerusi Lembaga Tabung Haji  Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, meninggal dunia pada Selasa akibat sakit tua.

Abdul Rahim Bakeer, 92, menghembuskan nafas terakhirnya di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari.

Cucu Allahyarham, Muhammad Nail Datuk Mohamad Nasir, 19, berkata datuknya telah dimasukkan ke hospital itu sejak tiga minggu lepas.

"Datuk dimasukkan ke hospital kerana beliau menghadapi komplikasi di kedua-dua buah pinggangnya," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di sini.

Beliau berkata jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara di sini selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta 15 orang anak.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Artikel Lain