suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ, Isteri Dikurnia Puteri Sulung

Tunku Ismail dan Khaleeda bersama puteri sulung mereka di Hospital Sultanah Aminah. Gambar ihsan Facebook Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam dikurniakan cahaya mata pertama pada pagi Sabtu.

Kerabat diraja Johor terbaharu ini, seorang puteri dilahirkan di wad diraja Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru.

"Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini dalam keadaan kesihatan yang baik," kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Puteri sulung pasangan diraja itu adalah cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tunku Ismail, 32 dan Khaleeda, 23 diijab kabulkan pada Oktober 2014.

TMJ, Khaleeda Bustamam

Artikel Lain