Brexit: Pelajar Malaysia Di Britain Luah Kebimbangan - Semasa | mStar

Brexit: Pelajar Malaysia Di Britain Luah Kebimbangan

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Britain dibelenggu kebimbangan mengenai nasib mereka selepas rakyat United Kingdom (UK) mengundi mahu meninggalkan Kesatuan Eropah (Brexit).

Namun apa yang pasti, kejatuhan kadar mata wang pound ke paras terendah dalam tempoh tiga dekad menyebabkan graduan Malaysia di Britain mengambil kesempatan membuat tukaran mata wang.

Mohammed Iman Karim yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Psikologi Sosial dan Organisasi di London School of Economics and Political Science bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai nasib mereka.

Apa yang lebih membimbangkan pelajar berusia 24 tahun itu adalah kemudahan perjalanan.

"Sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU), salah satu daripada kelebihan mengikut pengajian di UK adalah perjalanan ke negara jiran di Eropah dengan mudah terutamanya kerana tiket penerbangan tambang murah dan entri visa percuma.

"Saya takut mungkin berlaku perubahan selepas ini (Brexit)," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana, Yeo Ling Mien, 29, berkata kebanyakan rakyat Malaysia yang mendaftar untuk mengundi dikejutkan dengan keputusan referendum tersebut.

"Mereka yang tidak boleh mengundi juga terkejut. Orang yang saya kenal juga kecewa dengan keputusan itu," dakwa Yeo.

Migran dari 54 negara Komanwel termasuk Malaysia boleh menyertai daftar pemilih British termasuk mengundi untuk Brexit selagi mereka tinggal di Britain.

Yeo yang berhenti kerja untuk melanjutkan pengajiannya dan mempunyai gadai janji untuk dibayar berkata dia terpaksa melakukan kerja sambilan untuk mengurangkan beban kewangannya.

"Kadar mata wang British menjunam teruk. Ini bermaksud saya perlu bekerja lebih untuk membayar jumlah yang sama di Malaysia," katanya.


pound , Brexit , pelajar Malaysia

Artikel Sebelum

Mek Som Makin Pulih Daripada Trauma

Artikel Berikut

TMJ, Isteri Dikurnia Puteri Sulung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain