suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Rumah Setinggan Di Kudat Musnah Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU: Kira-kira 80 buah rumah setinggan di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam JabatanBombadan Penyelamat Sabah Mohd AffendyK Ramin berkata, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada 1.48 pagi dan mengerahkan empat jentera dan 28 anggota ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada 4.28 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 7.08 pagi," katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-- Bernama


Kudat, setinggan

Artikel Lain