suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Akan Bantu Selesai Masalah Nelayan - Liow

SEKINCHAN: ‎Kerajaan akan menyelesaikan isu nelayan Malaysia didakwa mencerobohi perairan Indonesia di atara kedua-dua negara di peringkat tertinggi, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presiden MCA itu berkata kerajaan ikhlas dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi nelayan.

"Nelayan kita didakwa menceroboh perairan Indonesia dan ditahan.

"Namun menurut nelayan itu, mereka masih dalam perairan Malaysia dan diheret ke sana (perairan Indonesia) oleh penguasa marin Indonesia. Oleh itu berlaku salah faham antara kedua-dua negara.

"Kita akan menyelesaikan isu ini di peringkat tertinggi," katanya ketika ditemui selepas sesi tinjauan mesra di pusat pengundian di SMJK Yoke Kuan di sini Sabtu.

Liow juga berkata pihak berkuasa Malaysia juga akan mengukuhkan rondaan di laut bagi memastikan keselamatan nelayan.

Artikel Lain