suria

Duterte Sedia Teruskan Tuntutan Ke Atas Sabah

Rodrigo Duterte
DAVAO CITY: Presiden Filipina yang baharu dipilih, Rodrigo Duterte berkata beliau akan berpegang kepada kedudukan asal kerajaan mengenai isu Sabah.

"Saya kekal dengan kedudukan asal kerajaan, tiada apa yang berubah," kata Duterte.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Inquirer mengenai rancangan kerajaannya berhubung tuntutan ke atas Sabah.

"Tetapi hanya secara aman. Kami tidak mempunyai kemampuan dalam berdepan masalah atau perang yang lain, kami hanya perlu berbincang dengan semua orang untuk membangunkan negara.

"Kami tidak mampu untuk melawan, marilah berbincang, dan saya harap rakyat Malaysia memahaminya.

"Kami akan menjelaskan kepada mereka apa yang akan berlaku.

"Jika kita failkan kes sebenar di mahkamah (antarabangsa), dan sudah pasti kita akan menang, dan sekali lagi, kita tidak mahukan masalah, jadi kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan cara lain?," kata Duterte.

Dilaporkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan itu dan akan terus menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menjawab dengan menyatakan bahawa kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh PBB sejak 1963.

Artikel Lain