Tiada Pengganas, Hanya Pati Bolos Sistem Di KLIA - Zahid

TOKYO: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya pendatang asing tanpa izin (Pati) yang membolosi sistem keselamatan sempadan negara terutama di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata pencerobohan itu tidak melibatkan pengganas, dan selain itu, mereka yang mensabotaj sistem berkenaan tidak terlibat dalam sebarang unsur keganasan seperti yang dilaporkan oleh sebuah agensi berita antarabangsa pada Selasa.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan bersama Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia dan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (JAMECA-MAJECA) ke-34 di sini Rabu.

"Kita tidak melindungi mana-mana pegawai bawahan, pertengahan, atasan yang terlibat. (Malah) Arahan untuk lakukan siasatan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah atas kesedaran bahawa tindakan drastik mesti dilakukan untuk mengatasi masalah kebolosan pekerja asing apatah lagi pengganas," katanya.

Ahmad Zahid berkata pemantauan secara berterusan akan dilakukan terhadap pembolosan di kawasan sempadan negara, baik secara kerjasama dalaman di kalangan pegawai bawahan atau dengan pihak luar, termasuk agensi pekerjaan yang tidak berdaftar.

Mengulas mengenai tindakan buang kerja terhadap 15 pegawai Imigresen, beliau berkata tindakan undang-undang tetap diambil sekiranya mereka didapati bersalah selain dikenakan tindakan tatatertib.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata 15 pegawai itu adalah antara 37 pegawai Jabatan Imigresen yang dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Selain itu, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, kata Sakib.

Zahid Hamidi, Pati, KLIA

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain