suria

Maklumat Perubahan Kod Negeri Kad Pengenalan Pahang Adalah Palsu - JPN

PUTRAJAYA: Tiada penukaran kod kelahiran dalam kad pengenalan bagi Pahang, tegas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sehubungan itu, JPN berkata maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp baru-baru ini adalah palsu.

JPN dalam kenyataan hari ini menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan pada kod negeri kelahiran untuk Pahang iaitu 06, 32 dan 33.

Justeru, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mempercayai hebahan tersebut.

JPN juga menegaskan, maklumat penting yang melibatkan rekod pengenalan diri individu adalah tidak wajar dipermainkan kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Untuk makluman, orang ramai boleh membuat semakan kod negeri kelahiran di Malaysia melalui Portal Rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau capaian terus ke url http://www.jpn.gov.my/kod-negeri/

Menurutnya bagi mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan JPN, orang ramai juga dinasihatkan menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected].

JPN, Pahang

Artikel Lain