suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazri Tunggu Mahathir Di Kuala Kangsar Untuk 'Bertumbuk'

KUALA LUMPUR:  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjemput Tun Dr Mahathir ke Kuala Kangsar untuk 'bertumbuk' (berdebat) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen tersebut pada bulan depan.

"Saya akan tunggu Dr Mahathir di Kuala Kangsar.

"Ini negara demokrasi. Mahathir bebas untuk ke mana sahaja. Beliau tidak akan ditahan di bawah ISA seperti masanya.

"Oleh itu kita menjemputnya, saya akan tunggu beliau di Kuala Kangsar untuk 'bertumbuk'. Kita lawan la," kata Nazri yang merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas di Lobi Parlimen.

Pada awal bulan ini, Dr Mahathir menggesa pembangkang untuk bertanding secara satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Nazri berkata, Mahathir telah hilang kredibiliti dan kehadiran bekas perdana menteri itu hanya akan memberi kelebihan kepada BN sendiri.

"Tiada siapa akan mempercayai beliau lagi. Ramai yang telah hilang kepercayaan akibat wataknya.

"Saya tidak rasa dia akan menarik banyak undi kerana orang tidak suka kehadiran beliau di sini dan mereka akan memberi undi untuk BN," jelasnya.


Artikel Lain