suria

Proton Panggil Balik Inspira, Exora Cps 1.6 Terpilih Untuk Penambahbaikan

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memanggil balik 20,330 unit Proton Inspira, produk keluaran Mitsubishi bagi tujuan penambahbaikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta itu berkata, ia seiring dengan Mitsubishi Motors Jepun yang telah memanggil balik model Mitsubishi terpilih di seluruh dunia berikutan kerosakan pada suis indikator.

"Unit Proton Inspira yang dipanggil balik terbabit dikeluarkan mulai 2010 hingga 2014, yang dipasangkan suis indikator yang dibekalkan Mitsubishi," katanya.

Proton juga menasihatkan kira-kira 90,000 pemilik Exora CPS 1.6 yang dikeluarkan di antara 2009 dan 2015, untuk membuat pemeriksaan pada laluan saluran bahan api di bahagian enjin kenderaan mereka.

Semua kos pekerja dan bahagian yang berkaitan dengan isu itu akan ditanggung pihak Proton, katanya.

Pemilik kereta yang terjejas yang ingin membuat sebarang pertanyaan dan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398 atau e-mel [email protected] atau melayari www.proton.com dan laman mikro www.carinquiry.proton.com.-- Bernama

Proton, Inspira, Exora

Artikel Lain