suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Malaysia Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Ho Chi Minh

PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia dijumpai meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Bandar Raya Ho Chi Minh pada Khamis, kata Kementerian Luar Malaysia..

Lelaki berusia 33 tahun itu dikenal pasti sebagai Mohd Azhar Abdull Wahab. 

Dalam kenyataannya pada Jumaat, kementerian itu berkata polis Bandar Raya Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematian lelaki berkenaan.

Kata kementerian itu, Pejabat Konsul Jenderal Malaysia dimaklumkan tentang kematian Mohd Azhar oleh Jabatan Hubungan Luar Negara Bandar Raya Ho Chi Minh.

"Sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya, Pejabat Konsul Jeneral terus menghubungi keluarga si mati bagi menyampaikan khabar sedih itu.

Para pegawaiPejabat Konsul Jeneral sedang berhubung dengan keluarga simati bagi menghulurkan bantuan dan sokongan," katanya.

Kementerian itu mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Azhar.-Bernama

Artikel Lain