suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Ambil Keterangan Wartawan Didakwa Salah Petik Kenyataan Adun

Tan Sri Khalid Abu Bakar
PETALING JAYA: Polis memberi amaran terhadap pihak yang memainkan isu perkauman dalam pilihan raya negeri Sarawak, sambil menambah pihak berkuasa telah mengambil keterangan seorang wartawan yang didakwa menyalah petik kenyataan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Sebab itulah kami telah mengambil tindakan terhadap wartawan Malaysiakini kerana cuba membangkitkan isu-isu agama," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita, Selasa.

"Kami telah mengambil keterangan daripada wartawan itu dan sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan lanjut.

"Saya ingin menasihatkan pihak media dan orang ramai bahawa isu-isu agama adalah sensitif dan tidak boleh dimainkan oleh sesiapa pun.

"Hanya kerana anda mahukan undi, anda ingin memainkan isu itu. Anda sedang bermain dengan api, jadi kita tidak akan membenarkan perkara itu berlaku," katanya.

Polis Sarawak melancarkan siasatan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam selepas enam laporan polis dibuat berhubung artikel Malaysiakini yang memetik Adun Nangka Dr Annuar Rapaee.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain