suria

Gobind Dilarang Masuk Sarawak

Gobind Singh Deo
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh Deo menyertai senarai ahli politik yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

Gobind memberitahu The Star Online bahawa beliau telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Selasa dan diberitahu tidak dapat masuk ke negeri itu.

"Penerbangan saya pada pukul 9.40 pagi dan tiba pada pukul 11.30 pagi," katanya sambil menambah beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada jam 2.45 petang.

Ketika ditanya sama ada Jabatan Imigresen menyatakan sebarang alasan berhubung sekatan ke atas beliau, Gobind berkata mereka 'berpegang kepada Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63'.

Individu lain yang tidak dibenarkan masuk termasuklah Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua, Teo Nie Ching, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Sim Sze Tsin dan Mohamad Sabu.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata, beberapa individu telah dihalang daripada memasuki Sarawak untuk melindungi negeri itu daripada 'unsur-unsur tidak baik'.

Beliau berkata, mereka bebas untuk masuk ke negeri itu selepas pilihan raya negeri pada 7 Mei.

Artikel Lain