suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Sarawak Lancar Manifesto Berpaksikan Rakyat

BERI PELUANG KEPADA TEAM ADENAN...Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem (empat, kiri) bersama sebahagian calon Barisan Nasonal (BN) ketika melancarkan manifesto BN bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 di Ibu Pejabat PBB, Selasa. -fotoBERNAMA
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Selasa melancarkan manifesto dengan menggariskan 15 fokus utama berpaksikan rakyat serta menjaga kepentingan negeri pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11).

Bertemakan 'Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay', manifesto itu merangkumi janji-janji dan ikrar kepada rakyat dalam mencapai aspirasi bersama agar Sarawak mengecapi lebih keamanan, kemajuan dan juga kemakmuran.

Dokumen tersebut dilancarkan oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini bagi menghadapi PRN-11, 7 Mei ini.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata kerajaan BN telah membuktikan ia tidak membuat janji kosong atau ikrar yang tidak tertunai, sebaliknya sentiasa mendapat kepercayaan rakyat.

Manifesto itu juga menggariskan pencapaian kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Adenan, yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, yang telah memperkenalkan 53 prinsip dan tindakan yang diterima baik demi untuk memanfaat rakyat dan negeri Sarawak.

Manifesto itu diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban.

Berikut senarai 15 teras utama manifeso BN Sarawak 2016:

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya

2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita

3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak

4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka

5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi

6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik

7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana

8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi

9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatam kesihatan

10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi

11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita

12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal

13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak

14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan

15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.

BN Sarawak, PRN Sarawak, manifesto BN

Artikel Lain