suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

971 Borang Pencalonan PRN-11 Telah Dijual - Pengerusi SPR

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Amelia Jub menunjukkan contoh set borang kertas penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 di Ibu Pejabat SPR Sarawak, Sabtu. Foto Bernama

KUCHING: Sebanyak 971 borang pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) telah dijual seluruh negeri setakat 5 petang Jumaat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 443 borang dijual di Pejabat SPR di sini, 178 di Zon Sibu, 172 di Zon Miri, 124 di Zon Kuching dan 54 borang di Zon Sri Aman.

Katanya, proses penamaan calon pada Isnin ini akan bermula pada jam 9 hingga 10 pagi dan pengisytiharan calon akan dibuat selepas tamat tempoh penamaan calon.

Mohd Hashim berkata, hanya tiga individu dibenarkan masuk ke tempat penamaan calon iaitu calon, pencadang dan penyokong sahaja manakala pengiring tidak dibenarkan masuk. 

"Jumlah pas petugas media yang telah dikeluarkan oleh SPR adalah sebanyak 1,146 pas...semua media yang mendaftar adalah media tempatan dan tiada media dari luar negara," katanya dalam sidang media di Pejabat SPR Sarawak, di sini Sabtu. - Bernama

SPR

Artikel Lain