suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Diberkas Bersama Dadah

gambar hiasan-

DUNGUN: Sepasang suami isteri diberkas bersama sejumlah dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sangtong di sini pukul 10 malam Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata pihak polis menjumpai botol plastik disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 3.51 gram di dalam poket seluar lelaki yang bekerja sebagai buruh itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bilik kita dapati terdapat seorang wanita (isteri suspek) dan menjumpai satu beg sandang yang disangkut di pintu almari serta telah menemui satu bungkusan akhbar di dalamnya terdapat lima botol plastik berisi bahan-bahan disyaki dadah jenis heroin 23.58 gram," katanya.

Ahmad Zailani berkata hasil ujian saringan air kencing juga mendapati lelaki berusia 47 tahun itu positif dadah jenis methampetamine manakala isterinya berumur 29 tahun didapati negatif.

Pasangan berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah, Dungun

Artikel Sebelum

Artikel Lain