suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Tiga Penjenayah Larikan Mesin ATM Di Pasir Puteh Gagal

Gambar Hiasan

PASIR PUTEH: Tiga penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk melarikan mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah bank, di sini pagi Rabu gagal.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, polis tiba di bank itu dalam tempoh 10 minit selepas menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5.50 pagi.

"Ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bank itu Rabu.

Mazlan berkata siasatan mendapati bahagian simpanan wang mesin itu gagal dipecahkan hanya bahagian panel kawalan sahaja berjaya diumpil penjenayah terbabit.

"Polis sedang mengesan ketiga-tiga suspek berkenaan," katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis penghargaan pemimpin pelajar di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Mazlan berkata kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri itu meningkat kepada 65 kes tahun lepas daripada 50 kes pada 2014.

Katanya antara kes yang melibatkan pelajar sekolah itu ialah mencuri motosikal, gangguan seksual dan pecah rumah.-- Bernama

ATM, Mazlan Lazim, Pasir Puteh

Artikel Lain