Kes Komando Miliki Kemeja-T Berkaitan IS Dipindah Ke KL - Semasa | mStar

Kes Komando Miliki Kemeja-T Berkaitan IS Dipindah Ke KL

PARIT: Mahkamah Majistret di sini membenarkan kes seorang anggota komando yang didakwa memiliki sehelai kemeja-T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Keputusan dibuat oleh Majistret Mohd Fitri Sadaruddin ke atas Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, yang berkhidmat di Kem Sungai Udang, Melaka.

Timbalan Pendakwaraya Muhammad Fauzi Md. Yusof memaklumkan pihaknya telah memperoleh surat keizinan daripada Mahkamah Tinggi baru-baru ini untuk memindahkan kes itu. 

Mohd Abu Haliff didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota pada kira-kira 1.30 tengah hari 12 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.-- Bernama 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel