Pelajar Lemas Semasa Selamatkan Rakan - Semasa | mStar

Pelajar Lemas Semasa Selamatkan Rakan

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya di Sungai Kampung Petai di sini, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Penolong Penguasa Kanan Bomba, R. Bajiyen berkata, kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku semasa Mohd Razif Ramli, 16, dan lima rakannya memancing di sungai itu.

Semasa memancing, seorang rakannya Mohd Syamil Akmal, 16, mandi di sungai berkenaan tetapi dia mula lemas.

"Mangsa (Mohd Razif) yang melihat rakannya hampir lemas, bertindak terjun ke sungai itu untuk menyelamatkan rakannya. Tetapi dia akhirnya lemas dan rakannya dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Mayat Mohd Razif ditemui di dasar sungai itu kira-kira 2 petang tadi selepas kira-kira tiga jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Bajiyen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.58 pagi dan mengarahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Alor Gajah ke tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, ibu mangsa Hamidah Ismail, 52, berkata anak bongsunya daripada lima beradik menunjukkan perubahan sikap dengan menjadi pendiam sejak seminggu lepas.

Beliau berkata, Mohd Razif sepatutnya mengikut ayahnya ke kedai gunting rambut tetapi mahu keluar memancing.

"Biasanya dia akan ikut sahaja tetapi kali ini dia pilih untuk keluar memancing. Mungkin ajalnya sudah tiba dan kami reda dengan ketentuan ini," katanya.

Artikel Sebelum

Tiada Lagi Teksi Lama Menjelang 2019 - SPAD

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa