suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembenihan Awan Hasilkan Hujan Di Beberapa Kawasan Di Semenanjung

Cuaca kembali cerah sekitar ibu negara dengan bacaan IPU Batu Muda pada paras 73 pukul 5 petang Rabu. Orang ramai membawa ahli-ahli keluarga bersiar dan beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Operasi pembenihan awan di utara Selangor, selatan Perak dan barat Pahang yang bermula tengah hari Rabu berjaya menghasilkan hujan di kawasan sekitar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Madius Tangau berkata ia menghasilkan hujan di beberapa kawasan berhampiran sempadan Selangor dan Perak, di sempadan utara Selangor dan Pahang serta di sempadan selatan Perak dan Pahang.

Dalam satu kenyataan Tangau berkata, "MOSTI, melalui Jabatan Meteorologi dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia, akan meneruskan operasi ini (pembenihan awan) di kawasan-kawasan yang masih dilanda jerebu teruk".

Sementara itu portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 5 petang Rabu melaporkan Bukit Rambai, Melaka merupakan kawasan terbaharu mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 106.

Sebanyak 10 lagi kawasan masih mencatat IPU tidak sihat iaitu Kuching, Samarahan (155), Sri Aman (154), Sarikei (137), Sibu (130), Kapit (122), Bandaraya Melaka (112), Tawau (110), Balok Baru, Kuantan (104) dan Kemaman (101).

Shah Alam dan Paka pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, masing-masing 92 dan 97.

pembenihan awam, jerebu

Artikel Lain