suria

Sultan Johor Beri Amaran Kepada Ahli Politik

JOHOR BARU: Sultan Johor memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak mencampuri urusan istana dan tidak membuat kenyataan yang mengaitkan pihak istana negeri itu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, amaran tersebut diberikan kepada kepada semua ahli politik berikutan kenyataan yang dibuat baru-baru ini kelihatan sombong.

"Ini satu nasihat kepada semua ahli politik dan antaranya Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kempas.

"Ada pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab ketika bercakap dengan melabelkan orang lain sebagai gila dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak menghentam anakanda saya," titah beliau selepas menunaikan solat Jumaat di sini.

Sultan Johor sebelum itu merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Adun Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dilaporkan berkata, terdapat jutawan dari luar negara telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerabat Diraja Johor bagi menyediakan khidmat kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Perkara itu dilaporkan pada Mac apabila ahli perniagaan dari Singapura, Peter Lim yang mewakili Kumpulan Soverus dan anak Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama untuk menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.



Johor, Iskandar Malaysia

Artikel Lain