suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedutaan AS, Jerman Akan Pantau Perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman berkata mereka akan memantau perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.

Dalam emel kepada Bernama, Kedutaan AS berkata: "Amerika Syarikat mengambil maklum tentang bantahan secara aman yang akan diadakan itu dan menyokong kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman".

Kedutaan Jerman juga berkata ia menyokong kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman.

"Jerman memperjuangkan tadbir urus baik, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," kata jurucakap kedutaan itu.

Suruhanjaya Tinggi Kanada dan Australia enggan mengulas tentang perkara itu, manakala Suruhanjaya Tinggi Britain pula tidak dapat dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain