suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tidak Kerah Ahli Sertai Bersih 4.0

Takiyuddin Hassan

PETALING JAYA: PAS tidak akan mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Sebaliknya PAS akan menghantar wakil ke perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Selain itu menurut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baru, pendirian PAS berhubung perhimpunan Bersih 4.0 dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan membabitkan aktiviti anjuran parti Islam berkenaan.

“Tarikh berkenaan bertembung dengan siri jelajah munaqasyah ucapan dasar presiden dan perhimpunan istiqamah hingga kemenangan yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap Sabtu dan Ahad hinggalah berakhir pada 3 Oktober,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Bersih 4.0, Takiyuddin berkata perhimpunan aman untuk rakyat menyuarakan pandangan secara bebas dan tidak provokatif adalah aspek amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang.

“Namun demikian dalam masa yang sama ketenteraman awam serta kestabilan negara mestilah dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak,” katanya.

Sebelum ini PAS juga membuat pendian yang sama dengan tidak mengerahkan ahlinya daripada menyertai perhimpunan #KitaLawan.

PAS, Bersih 4.0

Artikel Lain