suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu Lagi Kawasan Catat Tahap Udara Tidak Sihat Di Sarawak

Pemandangan di sekitar Bandaraya Kuching yang kelihatan berjerebu kira-kira 12 tengah hari Isnin. Bandaraya Kuching mencatatkan IPU ketiga tertinggi iaitu 101 ( tidak sihat) selepas Samarahan (111) dan Sri Aman (122). -fotoBERNAMA

KUCHING: Satu lagi kawasan iaitu Sarikei mencatatkan tahap udara tidak sihat di Sarawak pada Isnin, menjadikan keseluruhannya empat kawasan setakat ini.

Sarikei mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104 sehingga pukul 12 tengah hari berbanding 100 pada 8 pagi Isnin.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga lagi kawasan yang mencatat IPU tidak sihat ialah Sri Aman, 129, diikuti Samarahan, 128 dan Kuching, 119.

Daripada 10 kawasan, enam kawasan di negeri ini mencatat bacaan IPU sederhana dan berdasarkan laman sesawang itu juga, hanya Sarawak yang mengalami keadaan berjerebu.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

IPU, Sarawak

Artikel Lain