Saman Fitnah: Saifuddin Mohon Maaf Kepada Khalid - Semasa | mStar

Saman Fitnah: Saifuddin Mohon Maaf Kepada Khalid

Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM: Kes saman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu Menteri Besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf kepada Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala Saifuddin diwakili oleh peguam Wiliam Leong.

Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah pada Jumaat.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor', bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid).-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain