suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

The Edge Mohon Semakan Kehakiman Berhubung Penggantungan Penerbitan

KUALA LUMPUR: The Edge Media Group telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Dalam kenyataan pada Isnin, The Edge Media Group berkata permohonan itu difailkan melalui peguamnya Raja, Darryl & Loh Advocates and Solicitors.

"Kami juga meminta agar permohonan itu didengar dengan kadar segera, tetapi kami tidak dapat memberi salinan afidavit permohonan kami itu sehinggalah ke sini didengar.

"Memandangkan perkara ini perlu disegerakan dan merupakan perkara kepentingan awam, kami harap mahkamah akan memberi kepada kami tarikhnya dengan segera," kata kenyataan itu.

Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai berkaitan laporannya tentang isu 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB).

The Edge

Artikel Lain