suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kepung Enam Penjenayah Bersenjata Sembunyi Di TTDI

KUALA LUMPUR: Polis bertindak mengepung kira-kira enam lelaki dipercayai bersenjata yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak pukul 5 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields SAC Azlee Abdullah berkata kesemua suspek dipercayai warga asing.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata polis telah mengepung kawasan berkenaan sejak pukul 5 pagi.

"Enam lelaki itu terserempak dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan di belakang taman rekreasi, dan operasi menjejaki suspek masih diteruskan," katanya.

TTDI, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Lain