suria

Najib Arah Menteri Sarawak Pantau Pemberian Hak Milik Tanah Adat

Najib Tun Razak bersalaman dengan pemimpin akar umbi termasuk ketua kaum yang menyambut beliau sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Rabu. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan menteri-menteri dari Sarawak untuk memantau kemajuan pemberian hak milik Tanah Hak Adat Peribumi (NCR) kepada Bumiputera di negeri itu. 

Dalam catatan terkini di akaun Facebook dan Twitter miliknya, Najib berkata: "Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoal hak kelahiran Bumiputera Sarawak". Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Najib baru-baru ini antara lain memberi fokus terhadap urusan pengeluaran hak milik tanah NCR kepada Peribumi dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pembangunan tanah menggunakan teknologi moden melalui agensi kerajaan.

Anggota Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Chambai Lindong baru-baru ini dilaporkan berkata fokus terhadap pemberian hak milik tanah adat itu adalah suatu perkara yang amat diharapkan rakyat Sarawak sejak sekian lama.

Katanya ketika ini, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) diamanahkan kerajaan untuk melakukan kerja mengukur tanah NCR bagi masyarakat Bidayuh.

Tanah Adat, Sarawak, Bidayuh

Artikel Lain