suria

JAIP Samak Restoran Dimasuki Babi Hutan

Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertungkus-lumus mengeluarkan seekor babi hutan yang sesat memasuki sebuah restoran pada Selasa.

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyertu (samak) restoran yang dimasuki seekor babi hutan di sini pada Selasa.

Ketua Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata proses berkenaan dilakukan dengan kerjasama petugas restoran.

"Mereka melakukan proses sertu di seluruh kawasan yang dikenalpasti dilalui babi hutan berkenaan termasuk di ruangan makanan.

"Proses pembersihan dilakukan mengikut syarak melalui tunjuk ajar petugas JAIP," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengunjung tidak perlu lagi bimbang dengan proses penyediaan makanan di restoran berkenaan.

Pada Selasa Bernama melaporkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah mengeluarkan seekor babi hutan yang dipercayai tersesat dan memasuki restoran 24 jam itu.

Noridzuan juga berkata dapur restoran tersebut mempunyai sijil halal.

babi Hutan masuk restoran

Artikel Lain