suria

#KitaLawan: Maria Chin Ditahan

Maria Chin yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dilepaskan dengan ikat jamin.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 dan aktivis, Maria Chin Abdullah ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, bagaimanapun dilepaskan selepas dibenarkan ikat jamin.

Menurut peguamnya, Honey Tan, Maria ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana pembabitannya dalam perhimpunan haram.

"Kami tidak menjawab soalan yang dikemukakan pihak polis dan memaklumkan semua soalan itu akan dijawab di mahkamah.

"Saya akan menyertai perhimpunan pada 1 Mei ini," kata Maria kepada pemberita.

Penganjur perhimpunan itu merancang perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Jumaat ini walaupun tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sekretariat Bersih, Mandeep Singh yang berada di balai polis berkenaan turut ditahan kerana kesalahan sama sebelum dilepaskan dengan ikat jamin.

"Saya hanya mendapat tahu saya dipanggil untuk disiasat ketika tiba di lobi balai polis itu bersama Maria," katanya.

Maria dan Mandeep diberitahu supaya melaporkan diri di balai polis berkenaan dalam tempoh sebulan.

Pada Selasa, keterangan Maria diambil berhubung perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu.

Maria Chin, #KitaLawan, Honey Tan

Artikel Lain