suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Rakan Didakwa Bunuh Dua Lelaki Termasuk Sami

KUALA LUMPUR: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang pada Selasa di atas dua pertuduhan membunuh dua lelaki termasuk seorang sami, minggu lepas.

R. Rajandran, 19, S. Sugumaran, 19, L. Ilaiyarajan, 19, dan G. Pragas, 23, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurliana Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka dan mahkamah menetapkan 22 Jundepan untuk sebutan semula kes itu.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa dengan niat bersama membunuh S. Mahesan, 42, dan R. Surender, 22, yang merupakan seorang sami, di tepi jalan belakang Pasaraya NSK, Rawang di sini, antara 1 pagi hingga 6 pagi,14 April lepas.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua lelaki termasuk seorang sami ditemui mati dibunuh di dalam kereta sebelum cuba dijatuhkan ke gaung dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Bristol menghala ke Kuang.

Artikel Lain