suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Lakukan 5,799 Tangkapan Antara 2003 Hingga 2013

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 5,799 tangkapan melibatkan rasuah di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun dari 2003 hingga 2013.

Pengarah Bahagian Pendidikan dan Masyarakat SPRM, Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil berkata, 54 peratus dari jumlah itu melibatkan golongan belia di bawah umur 35 tahun yang bekerja di sektor awam, swasta mahupun orang awam.

"Punca golongan belia terlibat dalam kes jenayaah rasuah adalah disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup semasa yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan gajet terkini mengikut peredaran semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Program Karnival Integrti dan Anti Rasuah Peringkat Negeri Sabah 2015, di sini, Sabtu.

Shamsun Bahrin berkata, pihak SPRM terus mengadakan progam-program anti rasuah terutama di peringkat sekolah dan universiti dengan mensasarkan para pelajar sebelum mereka bekerja.

Katanya, pewujudan sekretariat pencegahan rasuah yang semakin giat dilaksanakan di peringkat universiti bertujuan menerapkan kesedaran mengenai bahaya rasuah terutama ketika lulusan universiti berada di alam pekerjaan kelak.-- Bernama

Artikel Lain