Sidang Kemuncak Asean Ke-26 Bermula Dengan Mesyuarat Pegawai Kanan - Semasa | mStar

Sidang Kemuncak Asean Ke-26 Bermula Dengan Mesyuarat Pegawai Kanan

KUALA LUMPUR: Para Pegawai Kanan dari negara anggota ASEAN mula berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pagi ini untuk membincangkan butiran terperinci dan kemajuan pelbagai isu berkaitan dengan Sidang Kemuncak Asean Ke-26.

Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada Jumaat ialah Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN (CPR) dan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Peringkat Tinggi Ke-10 bagi Kumpulan Kerja Integrasi Ekonomi ASEAN pasca 2015.

Pada malamnya, para Pegawai Kanan dan delegasi akan menghadiri majlis makan malam di Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, di sini.

Sementara itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 pada 3.30 petang di KLCC.

Sidang Kemuncak dua hari itu, yang berlangsung pada 26-27 April, akan menumpukan antara lainnya kepada kemajuan yang dicapai berkaitan penubuhan Komuniti ASEAN pada penghujung 2015 dan merangka pelan tindakan seterusnya untuk membawa perkumpulan serantau itu ke tahap yang lebih tinggi.


Sidang kemuncak tahunan itu yang mengumpulkan bersama kesemua sepuluh pemimpin perkumpulan, berlaku pada tempoh yang penting ketika anggota ASEAN berusaha keras untuk merealisasikan penubuhan Komuniti ASEAN yang telah lama diimpikan, yang bertujuan mengukuh dan mengeratkan lagi penyepaduan serantau.

ASEAN terdiri dari 10 negara, iaitu, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sidang Kemuncak Asean Ke-26

Artikel Sebelum

SPRM Akan Siasat PM Jika Ada Bukti

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain