suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Pengawal Keselamatan TNB Lepaskan Tembakan

Thaiveegan

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang dilapor terlepas tembakan ketika bertugas di sebuah pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Mahsuri Bayan Baru di sini, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata senjata jenis 'shotgun' dan lesen persendirian mengendalikan senjata api lelaki berumur 56 tahun itu turut dirampas.

Beliau berkata sembilan kesan tembakan ditemui pada dinding kaunter ketika senjata itu terjatuh ke lantai secara tidak sengaja dalam kejadian 5.20 petang itu.

"Ketika kejadian, tiga petugas sedang bekerja di kaunter dan seorang lagi pengawal keselamatan berada di kawasan berdekatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pulau Pinang sempena Peringatan Hari Polis ke-208 pada Khamis.

Beliau berkata lelaki terbabit yang berasal dari Balik Pulau berkhidmat selama tiga tahun di pejabat berkenaan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Sementara itu, beliau menyarankan syarikat keselamatan di negeri ini mengadakan sesi taklimat berjadual kepada kakitangan untuk mengingatkan mereka supaya sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

Terdahulu, beliau menyerahkan 40 hamper kepada pesakit kurang bernasib baik dan beberapa anggotanya yang sedang menerima rawatan di wad C9 dan wad C10 hospital itu.

Polis, TNB, Tembakan

Artikel Berikut

Artikel Lain