suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut , Dua Parah

ALOR SETAR: Dua maut manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang mereka naiki melanggar sebatang pokok di KM43.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Bukit Kayu Hitam, pagi Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Supuri Din berkata lapan anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 7.43 pagi.

"Sebaik tiba terdapat empat mangsa wanita berumur lingkungan 20-an hingga 30-an, tiga daripada mangsa tersepit di dalam kereta Kia Cerato manakala seorang lagi tercampak keluar.

"Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang di sebelah dan belakang pemandu manakala pemandu dan seorang lagi penumpang yang tercampak keluar cedera parah," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

kemalangan, bukit kayu hitam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain