suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Kontra Waktu Malam Di Persiaran Surian Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Satu aliran trafik kontra pada waktu malam akan dilaksanakan di Persiaran Surian di hadapan Sierra Damansara bermula dari esok (Rabu) sehingga 15 Februari depan.

MMC-Gamuda dalam kenyataan di sini, pada Selasa berkata penutupan laluan itu akan bermula dari 11 malam hingga 6 pagi untuk memudahkan kerja-kerja segmen dan pemasangan gantri.

"Semasa aliran kontra ini, pengguna jalan raya dari Persiaran Surian menghala ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke laluan bertentangan dari Persiaran Surian/Persiaran Mahogani hingga persimpangan ke Jalan Camar.

"Satu lorong akan disediakan untuk pengguna LDP dan Sungai Buloh," kata kenyataan itu.

MMC-Gamuda menasihatkan pengguna jalan raya dan penduduk supaya membuat pusingan U di persimpangan Persiaran Surian ke Jalan Camar.

Isyarat lalu lintas juga akan disediakan bagi membantu penduduk kondominium semasa aliran kontra itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain