suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Selepas Mayat Ibu

HULU SELANGOR: Mayat seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui tertanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kalumpang, di sini, pagi Khamis.

Mayat itu ditemui pada pukul 11.30 pagi, selepas polis melakukan siasatan susulan berhubung penemuan mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berkenaan di lokasi berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, lokasi bayi tersebut ditanam telah ditemui selepas didedahkan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang kini merupakan suspek utama.

"Pasukan forensik terpaksa mengorek tanah sedalam kira-kira satu meter sebelum menemui mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu," katanya.

Pada Selasa, mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi itu ditemui tertanam di kawasan sama.

Zulkepli memberitahu, hasil bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Bagaimanapun punca kematian bayi akan diketahui selepas siasatan lanjut dilakukan.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran.

mayat bayi, mayat ibu Kalumpang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain