suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiti Malaysia Terengganu Umum Cuti Bencana

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Khamis mengumumkan cuti bencana bagi pelajar dan kakitangannya setelah ia dilanda banjir awal pagi tadi.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata sehingga kinipara petugas di bahagian keselamatan UMT masih berusaha menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang terperangkap di kompleks kuliah dan bangunan lain.

"Ada antara mereka yang tiba di universiti sejak awal pagi. Jadi merekakini berada dalam kompleks kuliah dan tidak boleh turun.

Namun jumlah sebenar mereka masih belum diketahui. "Bagi mereka yang datang ke universiti selepas itu, semuanya telah berpatah balik setelah mendapati UMT ditenggelami air," katanya kepada Bernama.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 30 orang pelajar dan kakitangan telah berjaya dipindahkan ke asrama pelajar.

Ibrahim berkata pintu masuk utama ke UMT telah dinaiki air setinggi 0.63 meter setakat 10.30 pagi tadi dan ia kian meningkat.

"Saya dimaklumkan paras air meningkat agak cepat di mana ketika banjir awal pagi tadi, ketinggiannya hanya mencecah 0.4 meter.

"Kira-kira 12 petugas di bahagian keselamatan kini sedang memantau tahap keselamatan warga universiti dan semuanya berjalan lancar setakat ini," katanya.

Pelajar dan kakitangan dinasihati agar berhubung dengan pentadbiran universiti untuk mengetahui perkembangan semasa banjir. 

cuti bencana, UMT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain