suria

Jaspal Singh Dilantik Semula Sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Bekas Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh, 52, dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal kedua.

Beliau yang juga anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Strategik Sosial dan Yayasan Pemulihan Sosial mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 2 Nov lepas setelah tempoh penggal pertamanya tamat pada 1 Nov.

Jaspal Singh ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus membawa isu-isu yang relevan dengan masyarakat masa kini, termasuk isu anak-anak muda yang menghadapi cabaran besar dalam bidang pekerjaan.

"Cabaran pekerjaan untuk anak-anak muda kini tidak sama dengan 20 tahun lalu, justeru jika kerajaan mahu golongan ini terus memberi sokongan, maka kita perlu beri apa yang mereka perlukan," tambahnya.


Senator, Dewan Negara, Jaspal

Artikel Lain