suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Bebas Tuduhan Rogol Kanak-Kanak

SEREMBAN: Seorang guru dibebas dan dilepaskan daripadatuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu terhadap Mohd Faddil Abdul Rahman, 39, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Anita berkata mahkamah mengambil kira keterangan saksi ketiga iaitu pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.

Mohd Faddil dilihat melakukan sujud syukur selepas hakim membuat keputusan.

Dia sebelum ini didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika ituberusia 12 tahun, di sebuah rumah di Seremban 3 di sini, pada 14 dan 15 September tahun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez.

guru bebas rogol

Artikel Berikut

Artikel Lain