suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua MBI Baharu Siasat Isu Bayaran RM2.5 Juta - Azmin

Mohamed Azmin Ali.

SHAH ALAM: Wujud beberapa percanggahan berhubung isu wang berjumlah RM2.5 juta yang didakwa diberikan kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, percanggahan itu bukan sahaja melibatkan jumlahnya tetapi cara bayaran itu dilakukan.

Menurut Azmin, perkara tersebut akan disiasat secara teliti dan tindakan yang sepatutnya akan dikenakan terhadap majikan mereka iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) milik kerajaan negeri, sekiranya didapati melakukan kesalahan.

Azmin berkata, perkara itu akan dikendalikan oleh ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai operasi MBI yang baharu.

Kedua-duanya akan melaporkan tugas pada 1 Disember depan.

Artikel Lain